Saturday, January 12, 2013

My Engagement Day-29

Assalamualaikum... koniciwa~~

Hari ni dah masok hari yang ke-29 aku berstatus "Tunang" orang.Hampir sebulan laa ekk...Macam tak sangke pulak aku dah bertunang..hehehe 

Apakah perasaan anda bila si dia ajak bertunang??
"Ermm...ape ek?? macam tak de perasaan je..hahaha
Tapi jauh disudut hati aku rase gembira dan bersyukur sesangat sebab akhirnya aku dipertemukan jodoh dengan orang yang pada aku cukop baik dari setiap segi.. Thank you Allah =)"

Aku ada terbaca satu ayat kat Facebook-->
"Hadiah yang paling bermakna bagi seorang wanita adalah bila seorang lelaki ingin menikahi dirinya".
"Janganlah kau (lelaki) mendekati seorang wanita hanya kerana ingin bercinta dengannya dan bukan berniat untuk mengahwininya dan hidup bersama dengannya". 
Apakah perasaan anda bila sudah bertunang dengan si dia??
"Aku rasa tenang sebab percintaan hanya satu teka teki dan bukan satu janji. Bercouple boleh break kejap, sambung balik.. Tapi kalau dah bertunang jangan lah nak putus tunang nak bertunang balik, menyusahkan orang tue jew.. hahaha
Setiap wanita nakkan satu janji yang pasti!! yess marilah bernikah!!hahaha"

Kenapa orang nak couple lama-lama??
1) Dalam nak mencari seorang "husband" or "wife" mesti kne ada peringkat saringan dulu.. Tapi jangan lah nak tapis lame-lame, agak tak berkenan perangai dye kat hati tu, tinggal jew terus, jangan nanti dah kawin baru nak bercerai berai..ish3 Allah marah tu!!

2) Nak kumpol duet sebab hantaran dye tinggi sangat!! Aku cadangkan kepada budak-budak muda yang bakal dewasa, start saving NOW!! mungkin tahun ni orang mintak stakat 8k-10k, tahun akan datang mungkin leh jejak 10k-15k, konsider dengan harga barang naik la kan..hehehe

3) Belum puas nak enjoy lagi!! Enjoy, enjoy jugak, daripada kumpol dosa berkati2 baik kumpol pahala kan, pegang tangan GF kan dosa, cer pegang tangan "wife", free2 jew dapat pahala...

Tapi kepada adik2 yang comel, kacak bergaya, tak ada sesiapa pon boleh halang apa yang bebudak sekolah nih nak buat, makin dihalang makin dibuat, daripada kita sakit hati beik kita bendung jew gejala nih...Nak couple?? boleh bah kalau kau.. tapi jangan dating kat lorong2 gelap ye dik, musnah mase depan yang cerah tu, cer dating kat dalam library,bace buku same2 ulang kaji same2, leh same2 masok universiti, dah pandai dah dapat kerja bagus boleh nikah teros..Mak lagi suke!!

Kenapa sampai sekarang saya takda BF / GF??
1) Kurang keyakinan diri dari segi penampilan, bentuk badan, rupa paras, cara berkomunikasi, cara berkawan, lifestyle, kenangan silam yang memilukan, sejarah hitam etc.
Benda boleh ubah kn, berusahalah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dan jangan cepat putus asa. Allah tak suka hambanya berputus asa. Satu lagi rajin2 berdoa, mintak kepada Allah supaya proses perubahan tu akan jadik lebih mujarap...aja aja faitinnn~~

2) Malu sesangat nak cakap I LOVE U sampai pendam jew hasrat hati kat orang tu, konon takot kne reject or takot dye dah ada stedy "bf" laa...chill la beb, kalau malu nak cakap I LOVE U, jangan cakap.. compom la orang akan cakap gedik!! gatal!!miang!! ye la tetibe jew orang cakap macam tu..maunyer orang tak seram..haha. Gunakanlah pendekatan komunikasi "berlapik/ berkias", eh ade ker komunikasi berlapik..hahaha.Tak cuba tak taw rite...Dah kne kebas hati sape yang berbulu...lalalalala....

3) "Pilih bulu", mentang-mentang kau kacak, berpangkat kau nak cari stok cun-cun jew..dasar lelaki buaya darat..kah3x... 
Ustaz ada cakap, jangan pilih orang yang cantik diwajah sebab wajahnya akan kedut, jangan pilih orang yang cantik penampilan sebab nanti dye pakai kain kapan jugak, pilihlah orang yang sedap mata memandang dan beriman supaya bahagia dunia akhirat~~amin.. 

4) Nak carik yang kacak, badan berotot, muke macam korea, tinggi, ramping,kulit bersih mulus, sexy, hott, muke macam "wawa zainal" (tetibe je), nak standard model thailand, kalau tak dapat macam tu tak nak kawin!!
............memang tak dapat la beb!! 
Bonus yang Allah bagi kepada beberapa orang yang dipilih sahaja, sebagai umat islam kita kene redha je lah..



~~ Aku melalut pulak dalam entri kali ni... hahaha
















No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers