Rasanya masih belom terlambat aku nak post ucapan "SELAMAT HARI RAYA", maaf zahir & batin...
Pejam celik dah empat tahun aku berpuasa jauh dari family.. Rindunya nak rase mak kejut bangun sahur, rindunya nak makan telur dadar dengan sayur kobis soohun kicap, rindunya nak berbuka puasa dengan laok sedap-sedap...meee rebus....nyummm
Sekarang umur aku dah nak masok 25tahun, berada jauh dengan family menjadi satu kebiasaan.. Tapi terbit jugak rasa rindu bila balik kampung sekali sekala....
Disyawal yang mulia ini, aku nak mintak maaf kepada sahabat handai, rakan taulan, saudara saudari, keluarga, muslimin muslimat sekalian.....sekiranya ada terlanjur kata sampai menyakitkan hati, terkasar bahasa sampai ada yang kecik ati, terambil dengan tak sengaja mahupun sengaja, terngumpat, terhina, ter segala raja ter aku pernah buat kat you olls... Sedih sebab aku tak dapat nak jumpa seorang sorang untuk mintak maaf dari hati ke hati...
Sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk lagi hina tu kesalahan aku sendiri...
Abah.....
Selamat hari raya, kak ira nak mintak abah halalkan semua makan minum, pakai, duit kak ira g sekolah, barang2 mainan masa kecik2 dulu, dan segala2 yang abah berikan selama kak ira dalam penjagaan abah. Kak ira nak mintak maaf sebab pernah menguris hati abah dulu, berdosanya kak ira rasa bila kak ira cakap abah teruk bukan macam abah orang lain... kak ira mintak ampun abah... Abah lah orang paling risau dan caring dalam diam..hehe.. Terima kasih sebab bersusah payah nak bagi kesenangan pada kak ira dan adik2... Semoga lebaran tahun ini akan lebih bermakna pada abah.
Mak....
Banyaknya dosa kak ira pada mak, kak ira degil, keras kepala.. tapi mak sabar ja.. Maafkan kak ira mak sebab tak jadik anak yang cemerlang... Halalkan setiap pemberian mak dari kak ira lahir keduniani sampailah sekarang, rasa tak terbalas jasa mak selama ini... sesungguhnya mak lah the best... Mak penat kerja tapi mak tak berehat demi menjaga anak2 mak semua... Kak ira mintak maaf mak kalau kak ira menyakitkan hati, menguris hati mak tanpa kak ira sedar kak ira dah berdosa besar... Semoga kita sekeluarga akan bahagia, aman didunia dan diakhirat....Selamat hari raya mak..
No comments:
Post a Comment