Cuba hayati lagu Negeri Sabah yang ringkas tapi tersirat banyak makna
"Sabah Tanah Airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negri merdeka.."
Sabah negeri merdeka, lirik yang terakhir semua orang nyanyikan terutamanya budak sekolah masa perhimpunan pagi. Semua itu adalah doa untuk kesejahteraan dan keamanan Negeri Sabah.
Tapi...entah dimana silapnya, negeri yang kaya dengan hasil laut, kaya dengan keindahan alam semula jadi yang masih belum terusik, negeri yang terkenal dengan perbagai suku kaum adat budaya kini menjadi medan pertempuran darah. Sangat menyayat hati~~
Dimana letaknya kesedaran manusia? Islam tidak pernah mengajar umatnya berbunuhan sesama agama. Malah dimana nilai kemanusiaan mereka? Nyawa dipijak seperti sampah. Malaysia dah bagi tempoh untuk berunding cara baik, tapi mereka (tentera diraja kesultanan sulu) degil dan tetap dengan pendirian dan misinya. Akhirnya pertempuran berlaku dan endingnya MATI.
Adakah kamu (penceroboh) hidup berbelas tahun hanya untuk mati dengan cara yang keji dan sia-sia? Nauzubillah~
Tak cukup ke dengan kemudahan yang diberi? Kemudahan mencari sesuap nasi di negeri yang kaya ini. Kemudahan kesihatan, pengangkutan, tempat tinggal. Mengapa ada segelintir dari mereka yang TAMAK?
Tak terfikirkah mereka tentang keadaan di negara meraka yang kurang membangun kalau nak dibandingkan dengan Negara Malaysia?
Kenapa nak dirosakan negeri yang sedang membangun sedangkan negara sendiri masih tidak terjaga? Terbelakah rakyat dinegara mereka? Berapkah bilangan rakyat termiskin dinegara mereka?
"Adakah kamu orang nak tawan negeri Sabah sebab Sabah dah ada bangunan tinggi, hotel, pasaraya, bank, pejabat dan yang paling best sebab Sabah pusat pelancongan terbaik??"
Cemburu dan hasad dengki memang tak pernah hilang dari diri manusia kan.
Misi penceroboh ingin menakluki negeri Sabah suatu misi yang gagal. Rakyat sabah sendiri tidak mengingini pemerintahan yang hanya pandai menggunakan kekerasan, senapang, pistol, bomb, bunuh- bunuhan. Ini negara demokrasi OK! Nak setel kita ada mahkamah, nak setel kat lua pon kita banyak bilik mesyuarat, gerai mamak pon boleh setel la kalau tak puas hati..
Effek dari misi pencerobohan :
1) Bangsa "sulu' " yang tidak bersalah sedang menjalani hukuman masyarakat. Mereka dipandang serong, mereka dipandang hina.Bahkan segelintir dari mereka telah disisihkan oleh masyarakat. ADIL kah? Siapa yang ingin dipersalahkan?
Bangsa "sulu' " dianggap jahat, penjenayah, penceroboh walhal bukan mereka minta untuk si penceroboh (tentera diraja kesultanan sulu yang tak pernah mereka iktiraf) untuk menceroboh Sabah yang aman damai ni. ADIL kah pada mereka yang tak bersalah? Adilkah Tuan-Tuan yang mengetuai tentera diraja kesultanan sulu? Jawab lah!!
Jangan disebabkan TAMAK, orang lain yang mendapat padahnya. Adakah budaya itu yang kamu orang nak bawak kat Sabah?
"Aku malu bah kak nak mengaku bangsa aku ni suluk, adik aku susah nak dapat kerja sebab tokey tu tak nak ambik orang suluk, dia cakap orang suluk jahat, macam mana aku nak beli makanan kalau tiada duit". Salah seorang pesakit yang berbagsa sulu meluahkan perasaan pada aku. Kasihan mereka yang tak bersalah tetapi dipersalahkan.
2) Maruah negara Malaysia dah TERCEMAR!!
Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dimata DUNIA. Pelancong dari merata dunia teruja untuk ke negeri Sabah. Adakah kita nak tolak rezeki bila duit dari negara luar bertaburan dinegara Malaysia?
Dengan peningkatan pelancong dari luar negaralah kita dapat meningkatkan kemajuan negara kita ni. Adakah si penceroboh nak tangung kerugian ekoran apa yang dia lakukan?
Satu lagi yang aku pelik tentang orang Malysia ni, semua nak kejar publisiti murahan, buat rusuhan, buat perhimpuan haram, buat perarakan tanda protes, buat itu buat ini, dah tak ada cara lebih rasional ker ek? Disebabkan korang jugaklah senang musuh nak susun strategi.
Allah swt dah kurniakan otak untuk berfikir. Allah swt dah kurniakan kudrat untuk bekerja. Allah swt dah kurniakan nikmat hidup aman di dunia. Jangan termakan dengan kata-kata dari musuh dalam selimut. Ambil kata-kata yang benar bukan ambil kata-kata yang boleh menjadi permusuhan sesama Islam.
3) Adakah kamu orang nak hidup dizaman sebelum MERDEKA?
TIDAK....aku belum bersedia nak hadapi kelaparan, kebuluran, ketakutan....
Buat apa nak menabur fitnah untuk menjatuhkan parti-parti politik yang lain, lebih baik kamu orang duduk semeja bersama-sama membantras pencerobohan ini. Sekarang bukan masanya nak berpolitik, sekarang masanya untuk KEAMANAN NEGARA MALAYSIA..
Bersatu padulah rakyat Malaysia, kesepakatan membawa berkat kan. Kalau nak bergaduh pasal politik pon bukan dapat apa. Kita sokong je la pada pemimpin yang layak, pada pemimpin yang boleh bagi kesenangan hidup kau, kau, dan kau dimasa akan datang, bukan pemimpin yang hanya nak menempah nama tapi habuk pon takda.
Kan bagus macam ini!!! |
Kan undi itu rahsia, tak payah la nak gaduh kat kedai mamak untuk menaikan nama pemimpin yang korang sokong tu, tak dapat gaji pon kan. Lagi pon kan tak bagus kita bergaduh sesama Islam disebab kan hal yang kecik tu. Tunggu PRU nanti korang pangkah la pastu diam-diam.
Lagi aku pelik dengan mereka yang hanya mementingkan kesenangan diri sendiri. Boleh pulak hebah "sandiwara politik". Nyawa orang tu sandiwara ke? Cuba bayangkan kalau anak bini, keluarga, or yang paling tepat diri sendiri yang menghadapi situasi tersebut. Situasi berada dalam peperangan.
Ada yang post kat FB menghina polis. Pelik dengan orang yang cuma pandai bercakap nih, cer orang tu jadik polis, agak-agak apa dia rasa ek??
Alahai MANUSIA yang hanya nak mengejar darjat, nama, kebesaran, kekayaan.. sesungguhnya itu semua pinjaman. Allah swt akan memberi semua yang kau mahu sebab Allah s.w.t nak uji sejauh mana kau bijak mengurusnya dan adakah kau berSYUKUR dengan segala nikat yang kau dapat?
Terfikirkah para-para pemimpin yang tidak memimpin dengan baik di dunia ini tentang nasibnya selepas Allah s.w.t mengambil nyawanya satu hari nanti.
Ya Allah ya tuhanku, kau sedarkanlah orang yang tamak ni. Sesungguhnya kaulah yang maha berkuasa.....AMIN~~~
No comments:
Post a Comment